Jerawat selalunya merupakan masalah kulit yang sementara, tetapi parut daripada jerawat boleh berkekalan lama. Parut jerawat adalah proses normal kulit untuk sembuh setelah ianya “dirosakkan” oleh jerawat yang tidak diundang. Parut jerawat terbentuk dengan meninggalkan kesan di kulit yang serupa dengan “Skin Breakout”. Selepas jerawat timbul boleh menghasilkan parut, namun saiz dan kedalaman parut adalah berbeza mengikut individu.
Doktor kulit Johor Bahru boleh menasihati anda dan menyarankan beberapa jenis rawatan yang boleh membantu penyembuhan parut jerawat. Keadaan kulit ini kebiasaannya muncul di wajah, bahagian dada dan juga belakang badan. Kebanyakan orang yang berumur di antara 11 dan 30 tahun akan mengalami jerawat di kulit, dan 1 daripada 5 orang akan menghadapi keadaan parut jerawat. Untuk mengurangkan parut jerawat, terdapat ubat-ubatan yang boleh dibeli di farmasi dan juga prosedur rawatan oleh pakar dermatologi. Di Dermed Clinic, doktor kulit kami akan berusaha membantu anda dengan masalah kulit wajah!
Jenis-jenis parut jerawat
Amat penting untuk kita mengenal pasti jenis parut jerawat yang dialami. Hal ini boleh membantu untuk kita mencari rawatan yang bersesuaian. Doktor kulit anda juga akan bertanya dan melihat sendiri parut jerawat anda jika ada sesi rawatan yang berlangsung. Berikut merupakan beberapa jenis parut jerawat yang ada:
A) ICE PICK
Parut ini dinamakan sebegitu kerana keadaan kulit yang kelihatan seperti lubang yang terkena objek tajam seperti jarum atau pemecah ais (ice pick). Parut ini berlaku kerana bahagian kulit yang hilang kolagen dan lapisan kulit yang rosak, dan seterusnya meninggalkan kesan di kulit. Parut “ice pick” ini juga selalu berkait rapat dengan jerawat cyst di mana jerawat besar yang muncul di rahang, pipi dan dagu. Ini adalah disebabkan oleh sistem hormon yang tidak teratur.
B) ROLLING
Parut jenis “rolling” sering dikaitkan dengan parut berbentuk seperti ombak/beralun dan bukit-bukau di atas permukaan kulit. “Rolling” ini berlaku disebabkan radang jerawat yang muncul untuk waktu yang lama. Apabila inflamasi kulit semakin teruk, parut jerawat akan menjadi lebih teruk. Parut jenis ini muncul apabila umur seseorang semakin tua yang disebabkan keanjalan kulit yang mula hilang dan kurang tegang.
C) BOXCAR
Parut jenis ini dipanggil “boxcar” kerana ia berlekuk seperti kotak, tidak seperti “ice pick” yang kelihatan seperti lubang yang terkena objek tajam. Lubang parut ini lebih besar dan lebar berbanding “ice pick”. Oleh kerana kulit kehilangan tisunya, bentuk parut menjadi bentuk lubang dan berlekuk. Keradangan yang ada akan menghilangkan kolagen dan memusnahkan sokongan kulit. Parut ini akan menjadi semakin teruk apabila semakin banyak tisu kulit yang hilang. Apabila anda suka picit jerawat, parut jerawat “boxcar” boleh terjadi di permukaan kulit.
D) PARUT KELOID / PARUT HYPERTROPHIC
Parut jenis ini muncul secara tidak sekata dan kelihatan menimbul dengan mengeluarkan lapisan kulit yang lebih. Ia menampakkan kulit kita seperti timbul dan wujud benjolan-benjolan. Parut jenis ini berlaku apabila badan cuba merawat kesan inflamasi tetapi ia menghasilkan sel tisu yang lebih tanpa sengaja.
E) HIPERPIGMENTASI
Melanin adalah pigmen yang memberikan warna pada kulit. Parut jenis “Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH)” akan wujud apabila tompok dan kesan hitam ditinggalkan pada kulit dan pada masa yang sama badan menghasilkan melanin yang berlebihan. Melanin akan meningkat apabila inflamasi berlaku. Oleh itu, kesan parut akan kelihatan seperti tompok coklat dan kehitaman. Selain itu, “Post Inflammatory Erythema (PIE)” pula muncul disebabkan salur darah yang membengkak kesan daripada inflamasi. Badan kita akan mengarahkan darah untuk disalurkan ke tempat yang meradang.
Macam mana jerawat boleh sebabkan parut? Cer citer!
Kulit mempunyai tiga lapisan utama. Lapisan-lapisan ini akan melindungi kulit daripada elemen yang berbahaya, sinar UV dan bakteria. Sinar matahari juga boleh memberikan vitamin D kepada kulit. Kawasan yang mempunyai kelenjar sebum boleh mengakibatkan masalah jerawat, terutamanya di bahagian wajah, badan belakang dan juga dada.
Parut jerawat yang muncul disebabkan keradangan di mana pori-pori akan membengkak dan menyebabkan dinding pori rosak. Sesetengah jerawat yang muncul adalah bersaiz kecil dan parutnya tidak dalam akan sembuh dengan cepat. Secara amnya, tindak balas kulit adalah untuk memperbaiki parut jerawat dengan menghasilkan kolagen baharu pada kulit.
Apabila anda mempunyai jerawat, tidak semestinya menjadi parut. Tetapi, jika ia menjadi parut, anda masih boleh rujuk kepada yang pakar. Dermed Clinic semestinya bersedia untuk membantu anda.
Adakah parut jerawat akan kekal?
Kebarangkalian untuk ianya kekal dan memberi kesan yang lama adalah tinggi jika ia dibiarkan begitu sahaja tanpa rawatan dan usaha untuk mengurangkannya. Ubat-ubatan di farmasi boleh membantu mengurangkan luka dan kesan parut jerawat. Tetapi, parut jerawat yang teruk tidak boleh dipulihkan dengan hanya ubat dan krim yang boleh dibeli. Rawatan profesional oleh pakar dermatologi di Dermed Clinic boleh membantu pesakit untuk mengurangkan kesan parut. Beberapa sesi rawatan mungkin diperlukan, bergantung pada jenis kulit dan keadaan parut anda.
Cara Doktor Kulit di Johor Bahru Mendiagnosis Rosacea
Pakar dermatologi atau doktor kulit anda akan melakukan pemeriksaan untuk mengetahui jika anda mempunyai parut jerawat dan juga mengenal pasti jenis parut jerawat. Kebiasaannya pemeriksaan secara depan-depan atau secara visual adalah cukup untuk mengetahui jenis parut jerawat. Hal ini kerana jenis parut jerawat boleh ditentukan dengan hanya melihat bentuk di permukaan kulit.
Selain itu, doktor kulit anda juga mungkin akan menentukan tahap parut jerawat yang dialami. Secara amnya, terdapat empat peringkat bagi tahap serius parut jerawat: Macular, Mild, Moderate & Severe.
Peringkat pertama (Macular):
Parut jerawat yang mempunyai tanda kemerahan tetapi bersifat rata.
Peringkat kedua (mild):
Parut yang mudah untuk ditutupi dengan alat solek atau rambut/bulu di muka.
Peringkat ketiga (Moderate):
Parut yang senang dilihat di jarak yang dekat dan tidak mudah untuk ditutupi oleh alat solek atau rambut/bulu di muka.
Peringkat keempat (Severe):
Parut yang jelas kelihatan dan amat susah untuk alat solek atau rambut/bulu rambut untuk menutupi parut.
Peringkat-peringkat berikut boleh membantu anda mengenal pasti tahap keterukan parut jerawat dan ini dapat membantu doktor kulit anda untuk mengetahui keadaan semasa masalah kulit yang dihadapi.
Cara & rawatan untuk menghilangkan parut jerawat
Parut jerawat di wajah dapat menyebabkan keyakinan diri seseorang itu hilang. Hal ini kerana kemerahan dan benjolan yang ada pada wajah boleh mengganggu penampilan individu. Walaupun ada keadaan di mana ia datang secara semula jadi, kita haruslah rajin untuk mencari cara dan alternatif untuk mengurangkan parut itu. Ini kerana masalah kulit yang teruk boleh membawa kepada penyakit yang lain. Jadi, apakah cara dan rawatan yang ada di luar sana? Jom kita kupas:
A) Chemical Peels
Rawatan ini akan menggunakan bahan kimia yang khas untuk membuang lapisan atas permukaan kulit yang sudah tua. Apabila bahagian kulit atas telah dibuang, lapisan kulit baharu akan lebih licin dengan parut yang berkurangan. Rawatan ini menghalang keradangan kulit dan juga menggalakkan proses meremajakan kulit! Menarik kan?
B) Dermabrasion
Rawatan ini melibatkan penggunaan alatan khusus yang menghasilkan geseran untuk membuang bahagian atas lapisan kulit.
C) Microdermabrasion
Rawatan yang serupa dengan dermabrasion, di mana satu mesin khas digunakan untuk membuang bahagian atas lapisan kulit.
D) Dermed Facial
Di Dermed Clinic, kami menawarkan rawatan yang membersihkan di mana ianya melibatkan pembersihan secara mendalam terhadap permukaan kulit. Dermed Facial adalah rawatan yang cepat dan tidak menyakitkan. Pembersihan pori-pori akan dilakukan menerusi terapi sedutan lembut, pengelupasan dan sesi urutan. Pembersihan muka yang betul dapat menghalang jerawat dan memperbaiki peredaran darah.
E) Dermed Laser
Dermed Laser adalah rawatan khas di Dermed Clinic Johor Bahru, di mana kami akan menggunakan terapi cahaya untuk mendorong pertumbuhan semula sel kulit melalui peningkatan kolagen. Ini dapat membantu penyembuhan parut jerawat.
F) Subcision
Rawatan yang dinamakan “subcision” ini menggunakan jarum untuk memecahkan fibrous bands yang menarik tisu parut jerawat ke bahagian bawah kulit. Kaedah ini menggalakkan pengeluaran kolagen dan menghasilkan kulit yang lebih rata dan lembut.
G) Sublative Laser
Terapi laser yang meremajakan kulit dan melembutkan kesan parut jerawat yang dalam dengan menghantar isyarat elektrik kepada sel-sel yang akan menggalakkan penimbulan semula kulit. Rawatan ini biasanya tidak menyakitkan.
H) Ubat-Ubatan Oral dan Topikal
Melalui preskripsi selepas diagnosis keadaan kulit, doktor kulit anda mungkin menyarankan beberapa jenis ubatan yang boleh dibeli di farmasi. Ubatan ini adalah untuk menyasarkan permukaan kulit dan penyebab dalaman untuk parut jerawat berhenti muncul daripada akar umbinya.
Tips Dermed: Kurangkan risiko parut jerawat
Memakai krim pelindung matahari: Sinar mentari adalah penting untuk kulit menggunakan tenaga cahaya dalam menghasilkan Vitamin D. Tetapi, pendedahan yang terlalu banyak dan ekstrem boleh menyebabkan parut jadi lebih gelap. Semakin gelap warna kulit anda, semakin menonjol parut anda di permukaan kulit.
Elakkan merokok: Merokok boleh meningkatkan risiko parut jerawat.
Jangan sentuh, picit dan cakar: Apabila anda melakukan lebih banyak kerosakan terhadap kulit, ini dapat menggalakkan kemunculan keradangan dan membuat parut jerawat anda semakin teruk.
Kurangkan keradangan: Keradangan boleh menyebabkan warna parut yang tidak sekata. Untuk mengurangkan parut jerawat, individu hendaklah menjaga kulit dengan baik semasa mandi atau memakai produk penjagaan muka yang sesuai.
Kekalkan kelembapan kulit: Ini dapat mengekalkan penampilan yang menawan dan sihat. Memakai pelembab kulit bukan sahaja dapat membantu proses penyembuhan kulit anda, tetapi juga membantu parut jerawat anda untuk kelihatan kurang ketara dengan menyamakan tona dan tekstur kulit anda. Untuk mengelakkan kulit yang kering, anda boleh kurangkan penggunaan air panas semasa mandi.
Jumpa doktor kulit di Dermed Clinic: Merujuk masalah kulit yang pakar adalah amat penting bagi seseorang itu memantau tahap parut jerawat. Cepat-cepat jumpa doktor kulit Johor Bahru untuk mendapatkan bantuan profesional. Kalau lambat, nanti anda mungkin menyesal! Jangan biarkan parut anda menjadi lebih ketara dan teruk. Tempah slot anda sekarang!
Rawatan Menyerikan, Hidup Lebih Ceria!
Pepatah “Biar lambat, asal selamat” tidak boleh digunakan di konteks rawatan parut jerawat. Jika anda lambat mendapatkan khidmat nasihat, anda mungkin akan menyesal untuk mendapati parut jerawat menjadi lebih teruk. Jangan pernah malu untuk mendapatkan bantuan kerana bukan anda sahaja yang mengalami masalah kulit ini. Ramai lagi di luar sana yang menghadapi masalah serupa dengan anda! You are not alone okay?
Kami di Dermed Clinic sentiasa menggalakkan individu untuk merujuk kepada yang pakar. Kami merupakan pasukan pakar kulit yang yang sentiasa mencari penyelesaian terhadap masalah kulit atau estetik. Klinik kulit di Johor Bahru ini bersedia untuk membantu merawat masalah kulit anda dengan rawatan yang sedia ada di klinik kami.
Selain parut jerawat, terdapat juga masalah lain seperti jerawat, rambut gugur, pigmentasi, eczema, pembuangan keloid, jeragat, rosacea, dan banyak lagi. Jom tempah sesi dan slot anda sekarang! Hubungi +60166999097 untuk menempah slot. Jangan segan ok! Jika anda mengalami masalah parut jerawat, anda dinasihati untuk bertemu dengan Doktor Muniandi, doktor kulit di Dermed Clinic, Klinik Kulit di Johor Bahru. Jomm.. Jangan tunggu lama-lama! Jumpa anda di klinik kami
Dr. Muniandi Velayuthan is highly
qualified with over 10 years of experience in Aesthetic Medicine and Dermatology. Holding an MBBS
(Bgm) and a Diploma in Dermatology from Bangkok, he has further specialized as a Fellow in Cutaneous
and Laser Surgery in Bangkok. Dr. Velayuthan has honed his expertise working alongside pioneering
dermatologists at Dr. Subra Center for Skin Diseases and has been trained by renowned aesthetic
physicians, positioning him as a trusted professional in the field of aesthetics.