Apa itu Rosacea sebenarnya?
Rosacea merupakan keadaan kulit kronik yang dihadapi ramai orang seluruh dunia. Simptom yang paling biasa muncul adalah kemunculan benjolan kecil yang kemerah-merahan. Benjolan ini dipenuhi nanah dan selalunya menyebabkan kulit di bahagian hidung, pipi, dagu, dan dahi menjadi merah. Anda boleh rujuk kepada Klinik Kulit JB (Dermed Clinic) untuk merawat gejala-gejala yang muncul. Penulisan ini adakah untuk anda faham lebih tentang keadaan kulit rosacea dan rawatan yang disarankan oleh doktor kulit.
Keadaan kulit ini kebiasaannya berpanjangan terhadap penghidap dan menjadikan kulit seseorang kelihatan seperti terbakar dan merahnya jelas dilihat oleh orang. Rosacea boleh menyebabkan keyakinan seseorang itu jatuh menjunam, oleh itu, individu dikaitkan dengan keadaan mental, emosi dan psikologi yang lemah.
Anda mungkin dapat melihat simptom muncul di bahagian dahi, pipi, dan hidung, di mana benjolan kecil kemerahan datang secara berkala. Ini bermakna, anda dapat merasa gejalanya beberapa minggu atau bulan sebelum ianya memberi kesan kepada kulit anda. Apabila kesannya menurun, ia dapat muncul semula pada waktu akan datang. Ruam kemerahan ini selalunya dapat dilihat pada individu yang mempunyai warna kulit yang cerah.
Doktor belum dapat mengesan penyebab sebenar rosacea ini muncul, tetapi, terdapat beberapa bukti bahawa terdapat faktor yang boleh menyebabkan rosacea ini timbul di kulit seseorang itu. Setakat hari ini, tiada rawatan yang dapat menyembuhkan rosacea secara sepenuhnya. Walau bagaimanapun, pakar kulit dan estetik di Dermed Clinic dapat menyarankan beberapa rawatan yang boleh mengurangkan gejala dan kesan rosacea terhadap kulit.
Jenis dan Gejala-Gejala Rosacea
Secara umumnya, rosacea mempunyai empat subjenis. Setiap daripadanya mempunyai gejala yang berlainan. Individu mungkin mengalami gejala daripada subjenis yang berlainan pada satu waktu yang sama. Jom kita kupas apakah subjenis yang ada untuk rosacea.
Subjenis 1 atau Erythematotelangiectatic Rosacea (ETR)
Jenis rosacea ini menyebabkan gejala-gejala yang berikut untuk muncul di kulit:
- Kulit menjadi sensitif
- Kulit yang bengkak
- Bahagian tengah muka kelihatan merah-merah
- Saluran darah yang kelihatan telah pecah
- Kulit menggerutu, kering dan kasar
- Kulit berasa pedih dan ruam yang menyengat kulit
Subjenis 2 atau Papulopustular atau Parut Rosacea (ETR)
Pesakit yang mengalami subjenis 2 selalunya akan mengalami gejala-gejala yang berikut :
- Kulit menjadi berminyak
- Kulit yang sangat kemerahan seperti parut skin breakout
- Saluran darah yang kelihatan telah pecah
- Tompokan kulit yang jelas dan tidak menyenangkan
- Kulit berasa pedih dan ruam yang menyengat kulit
Subjenis 3 atau Rhinophyma
Seseorang individu yang mengalami simptom di bawah merupakan keadaan yang lebih parah daripada sebelumnya. Gejala-gejala yang muncul adalah seperti:
- Kulit di bahagian hidung menjadi tebal dan bengkak
- Permukaan kulit mempunyai tekstur benjolan
- Pori besar
- Saluran darah yang kelihatan telah pecah
- Kulit di dahi, telinga, dagu dan pipi mendapatkan kesan
Subjenis 4 atau Ocular Rosacea
Pesakit yang menghidap subjenis 4 rosacea, inilah merupakan simptom yang berlaku terhadap individu.
- Bahagian mata berasa sangat pedih
- Mata berair dan mata berdarah
- Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
- Mata menjadi gatal dan kering
- Penglihatan yang berkurangan
- Saluran darah yang kelihatan telah pecah
- Mata yang mempunyai cysts
Apakah penyebab Rosacea terjadi?
Penyebab bagi rosacea adalah masih tidak diketahui oleh pakar kulit. Tetapi, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keadaan kulit dengan sistem imun yang terlebih aktif. Tahap kebersihan individu juga tidak memberi kesan kepada terjadinya rosacea. Umum juga penting untuk ketahui bahawa keadaan kulit rosacea adalah tidak bersifat berjangkit.
Faktor berikut mungkin menyebabkan kemerahan rosacea menjadi lebih teruk. Jom kita lihat:
- Makan makanan pedas dan minuman panas
- Pendedahan terhadap sinar matahari dan angin
- Keadaan suhu yang melampau
- Mengambil wain merah dan minuman berakohol
- Senaman yang melampau
- Pemakaian kosmetik dan produk penjagaan rambut dan juga kulit
- Pengambilan dadah yang melibatkan ubat darah tinggi
- Tekanan dalam hidup
- Alkohol dan kafein
Tips Dermed: Mencegah kemerahan Rosacea
Anda telah memahami bagaimana gejala kemerahan rosacea berlaku. Sekarang, jom kita lihat cara-cara untuk mencegah rosacea atau kemerahan rosacea daripada muncul di bahagian kulit kita. Di Klinik Kulit Johor Bahru, doktor kulit anda mungkin akan menyarankan langkah-langkah yang berikut. Jom kita tengok!
A) Kurangkan Rasa Stres / Tertekan
Bagi sesetengah orang , stres boleh mencetuskan kemerahan rosacea untuk menjadi lebih teruk. Jadi, untuk mengawal simptom yang timbul di permukaan wajah, adalah amat penting untuk anda belajar cara mengawal tekanan dan mengenal pasti tahap tekanan yang terjadi. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan di mana kita tak boleh kawal tahap stress yang berlaku, tetapi mengawal reaksi anda mungkin dapat membantu. Klinik kulit di Johor Bahru mungkin menyarankan anda cara bermeditasi dan melakukan senaman nafas untuk mengawal tahap tekanan.
B) Elakkan Kepanasan Melampau
Selain daripada pendedahan sinar matahari, minuman air panas juga boleh menyebabkan untuk kemerahan rosacea untuk mula muncul. Jadi, anda seharusnya mengelakkan diri daripada terdedah kepada sumber-sumber yang panas. Hal ini boleh mengurangkan gejala-gejala rosacea di permukaan kulit. Selain itu, berada kerap di bilik yang sejuk dan berdingin hawa juga antara pencegahan gejala yang boleh dilakukan.
Doktor kulit Johor Bahru juga mungkin akan mengesyorkan senaman di bilik yang sejuk ataupun redup (tiada sinar matahari menembusi bilik) untuk mengelakkan badan daripada merasa terlalu panas. Tips penting semasa senaman adalah untuk menyediakan air dan tuala lembap untuk mengekalkan badan yang nyaman. Di Dermed Clinic, doktor kami akan bersedia untuk memberikan anda tips bagi mengekalkan suhu yang normal semasa anda hendak bersenam.
C) Mengawal Pendedahan Titik Pencetus Rosacea
Sinar matahari merupakan antara faktor yang selalu menyumbang kepada kemerahan rosacea. Hal ini kerana individu yang mempunyai kulit sensitif tinggi akan mendapat kulit yang merah padam apabila ia terdedah kepada matahari ataupun angin yang kuat. Oleh itu, anda hendaklah berjaga-jaga dalam melakukan aktiviti harian di luar.
Contohnya, anda boleh elakkan berada di luar jika sinar matahari terlalu terik (selalunya di pertengahan pagi sehingga hujung tengahari). Tips penting juga adalah untuk anda memakai krim pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih jika anda berada di luar rumah. Pilih produk yang mengandungi titanium dioksida dan/atau zink oksida untuk mendapatkan perlindungan yang sepenuhnya. Doktor kulit akan menyarankan sunscreen yang sesuai untuk jenis kulit anda. Di Klinik Kulit Johor Bahru, doktor kulit kami akan menyarankan jenis sunscreen yang sesuai serta menggalakkan anda untuk memakai cermin mata hitam dan pakaian yang mempunyai teknologi melindungi kulit daripada sinar matahari.
D) Diet Seimbang
Pengambilan dan pengawalan diet sangat penting kerana sesetengah jenis makanan boleh menggalakkan kemerahan rosacea. Apabila anda dah tahu dan mengenal pasti jenis makanan tersebut, ini boleh mengurangkan gejala kemerahan rosacea. Kebanyakan individu yang mengalami rosacea akan menghadapi kemerahan yang teruk apabila mereka mengambil makanan yang pedas.
Kandungan makanan pedas seperti sos pedas, cili lada dan sebagainya boleh menyebabkan kesakitan di reseptor di kulit, dan ini menyebabkan kemerahan di kulit. Selain itu, kandungan kimia cinnamaldehyde yang berada dalam kayu manis boleh menyebabkan gejala rosacea untuk timbul. Kandungan kimia ini juga terdapat dalam tomato dan buah sitrus.
E) Rutin Penjagaan Kulit yang Betul & Selamat
Rutin penjagaan kulit yang selamat dan penuh berjaga-jaga dapat mengawal kemerahan rosacea. Produk penjagaan kulit yang lembut (gentle) seperti pencuci muka, pelembab kulit dan sebagainya adalah lebih selamat untuk penghidap rosacea. Apabila memilih jenama dan jenis produk penjagaan kulit, anda digalakkan untuk merujuk kepada doktor kulit mengikut keadaan kulit anda. Kebiasaannya, mereka akan menyarankan anda untuk mengelak sebarang produk yang tinggi alkohol, menthol, camphor dan sodium lauryl sulfate. Kandungan kimia sebegitu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit.
Cara Doktor Kulit di Johor Bahru Mendiagnosis Rosacea
Jika pakar dermatologi di Johor Bahru mengesyaki anda mempunyai keadaan kulit rosacea, mereka akan memeriksa kulit dan mata anda. Doktor kulit anda juga akan bertanya soalan lanjut untuk mengetahui perkara yang boleh menggalakkan kemunculan rosacea di permukaan wajah anda.
Bagi diagnosis yang lebih mendalam, doktor kulit anda akan cuba untuk mengenal pasti kebarangkalian penyakit lain yang berkait dengan keadaan kulit. Hal ini kerana terdapat beberapa keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan gejala seperti rosacea berlaku. Amat penting untuk anda tahu bahawa tiada ujian medikal yang boleh menentukan dan mengesahkan rosacea pada anda. Walau bagaimanapun, doktor masih boleh menjalankan pemeriksaan untuk memastikan gejala anda tidak berkaitan dengan lupus atau tindak balas alahan kulit.
Doktor kulit akan berbincang bersama anda untuk rawatan yang bersesuai berdasarkan keadaan kesihatan anada. Walaupun tiada ubat untuk menyembuhkan rosacea secara menyeluruh, doktor kulit akan masih cuba untuk menggunakan rawatan yang ada untuk mengurangkan kemerahan dan keterukan rosacea. Ini boleh membantu anda rasa lebih selesa dengan kulit sendiri daripada sebelum ini. Apa jenis-jenis rawatan yang ada untuk membantu merawat rosacea? Jom kita baca di bawah.
Cara Doktor Kulit di Johor Bahru Membantu Diagnos Rosacea
Rawatan untuk rosacea akan menumpukan kepada rawatan untuk mengawal gejala rosacea daripada terus menjadi lebih teruk. Pakar kulit di Johor Bahru akan memberi pelan rawatan khusus untuk keadaan kulit anda. Sebaik-baiknya, rawatan rosacea akan melibatkan ubat anti-radang dan terapi menggunakan laser. Selain itu, terdapat juga rawatan “intense pulse light treatment” bagi pesakit yang mempunyai salur darah yang kelihatan pecah di wajah. Rawatan ini boleh mengurangkan kesan kemerahan. Masa dan jumlah sesi yang diperlukan adalah mengikut keadaan rosacea pesakit. Mari kita kupas tentang rawatan lain yang tersedia untuk rosacea:
A) Ubat-Ubatan
Pada zaman moden ini, terdapat banyak jenis ubatan yang ada di farmasi untuk masalah rosacea. Doktor akan menentukan jenis ubat mengikut gejala, kesan dan juga keadaan kulit anda. Doktor juga mungkin akan mencampurkan jenis-jenis ubat untuk memastikan kesan yang terbaik. Doktor kulit Johor Bahru mungkin menyarankan ubat-ubatan seperti yang berikut:
Ubatan Topikal untuk mengurangkan kesan merah padam
Jika simptom rosacea anda adalah antara ringan dan sederhana, doktor kulit anda mungkin mengesyorkan krim topikal atau gel yang boleh disapu ke permukaan kulit. Ubatan seperti Brimonidine dan Oxymetazoline menyempitkan ruangan saluran darah untuk mengurangkan kemerahan rosacea. Anda boleh melihat kesan dalam 12 jam selepas menyapu ubat berkenaan. Walau bagaimanapun, kesan ini adalah sementara dan doktor anda mungkin akan memberi anda ubatan yang lain untuk mengekalkan kesan yang optimum.
Terdapat juga produk topikal yang lain untuk mengawal pertumbuhan jerawat rosacea. Produk ini termasuklah:
Azelaic Acid
B) Antibiotik Oral
Jika anda menghadapi gejala kulit rosacea yang sederhana sehingga teruk, doktor kulit anda mungkin akan memberikan preskripsi antibiotik oral seperti doxycycline.
C) Ubat Oral untuk Jerawat
Ubat ini akan diberi untuk pesakit yang mengalami gejala rosacea yang teruk dan terapi lain tidak berkesan untuk mengurangkan kesan merah rosacea. Doktor kulit di Johor Bahru mungkin akan memberikan isotretinoin untuk merawat kawasan kulit yang mempunyai gejala seperti jerawat. Ubat sebegini tidak boleh digunakan oleh ibu yang mengandung kerana ia boleh menyebabkan kecacatan kongenital.
D) Rawatan laser
Pakar dermatologi Johor Bahru akan menggunakan rawatan laser untuk mengurangkan kesan jelas salur darah yang pecah di permukaan kulit dan seterusnya mengurangkan tompok kemerahan. Doktor kulit anda akan melakukan ujian tompok di kulit untuk memastikan rawatan laser ini sesuai dengan jenis kulit anda. Jika tiada kesan sampingan yang muncul di bahagian kulit tersebut, rawatan laser boleh digunakan untuk mengurangkan gejala rosacea daripada berlarutan. Sesi di Dermed Clinic Johor Bahru akan dibuat khas untuk anda!
Macam mana ia berfungsi? Okay ini penjelasannya. Sinaran cahaya langsung akan dipancar ke permukaan kulit dengan panjang gelombang yang tertentu. Rawatan ini akan dilakukan setiap 3 atau 4 minggu, berdasarkan keadaan kulit pesakit. Selepas tiga sesi rawatan, kebiasaannya pesakit akan mula melihat perubahan baik di mana salur darah mula berkurang di permukaan
kulit. Rawatan laser ini tidak memberi kesan untuk selama-lamanya. Selepas beberapa tahun, anda boleh mula menetapkan tarikh rawatan susulan.
Doktor kulit anda akan berbincang tentang kelebihan dan juga kesan sampingan rawatan laser. Selepas mendapat rawatan laser, anda dikehendaki meletakkan ais dan menggunakan produk penjagaan kulit yang lembut (untuk kulit sensitif) untuk mendapatkan kesan rawatan yang baik. Untuk mengekalkan kesan rosacea yang kurang, anda mungkin memerlukan beberapa sesi rawatan secara kerap.
Siapa yang patut elak rawatan laser rosacea?
Pesakit yang sangat sensitif kepada sinaran cahaya.
- Individu yang terdedah untuk mengalami kudis selsema.
- Pesakit yang mengambil ubat aspirin atau pencair darah.
- Pesakit yang menggunakan ubat jerawat seperti isotretinoin.
Rawatan Membantu, Keyakinan Lebih Padu!
Sebelum rawatan dibuat, doktor dan staf Dermed Clinic akan mengenal pasti jenis rosacea yang dihadapi. Usah malu dan segan, kami di Dermed Clinic sentiasa menyambut kedatangan individu yang mencari penyelesaian terhadap masalah kulit atau estetik. Klinik kulit di Johor Bahru ini mempunyai pengalaman merawat pelanggan yang mempunyai masalah kulit dan estetik.
Selain rosacea, terdapat juga masalah lain seperti jerawat, rambut gugur, pigmentasi, eczema, pembuangan keloid, jeragat, parut jerawat, dan banyak lagi. Jom tempah sesi dan slot anda sekarang! Hubungi +60166999097 untuk menempah slot. Jumpa anda di sana! Jika anda mengalami rosacea, anda dijemput untuk bertemu dengan Doktor Muniandi, doktor kulit di Dermed Clinic, Klinik Kulit di Johor Bahru. Jaga diri semua! Jangan lupa minum air masak banyak-banyak.
Share this Article